Tinta Programmer

Monday 30 June 2014

Persiapan


“dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya: sedang Allah mengetahuinya, apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)”. [Al-Anfal : 60]

Kewajipan melakukan I’dad atau pesediaan. Persediaan dan kemampuan dari segala aspek berupa fizikal, akal, dan alat kelengkapan untuk menggentarkan musuh.
SWOT,  MBO,  KPI,  Blue ocean strategy,  Covey’s Time Management Matrix,  modul jam 9.03, bersukan, kesihatan dsb.
Bagi ana kejayaan terbesar buat kita adalah dapat mengenal potensi diri kita dan dapat disumbangkan sepenuhnya untuk Islam, mardhatillah. Contribute to the fullest!

1.Ilmu
Saidina Umar Al-Khattab :
"..Tafaqqahu qabla an tusawwadu" "..Perdalamlah ilmu sebelum kamu memegang jawatan"

aktiviti Tafaqquh sangatlah wajar dibudayakan dan disedari awal, semasa masih ada lapang sebelum disibukkan dengan urusan. Setiap detik kita manfaatkan.

2.Latihan. Ilmu mesti diamalkan.
 Alatan memasak(ilmu) tidak akan ada ertinya oleh seorang chef kecuali mesti digunakan(amal). Latihan menggunakan alatan masak dengan baik akan menjadikan seseorang itu mahir, dan hanya seorang Chef yang terlatih menggunakan spatula sahajalah yang mampu menggunakan spatula dengan baik dan berkemahiran. Adapun seorang Chef yang tidak terlatih, ia tidak akan dapat memanfaatkan spatula sepenuhnya. Dan pada umumnya, orang yang terlatih dapat mengalahkan orang yang tidak terlatih dengan mudah.

Kenal akan ‘current state and capability’ diri kita dan rangka untuk keperluan ‘future customer’(ummat).
Nescaya kita tidak akan letih apabila kerja yang kita lakukan merupakan sesuatu yang benar-benar kita cintai, Amal Soleh. “Let the beauty we love, be what we do”.

Marilah kita sama-sama menambah ilmu, meningkatkan kefahaman  Islam, memberati masalah tarbiyah, meningkatkan displin, membulatkan lagi perpaduan, mengukuhkan ketahanan, membanyakkan pengorbanan dalam meranduk medan juang yang penuh getir ini ; terus kita mara dan mara.

“Nak menyumbang, sumbanglah dengan faham, sumbanglah dengan ikhlas, sumbanglah dengan bakat, sumbanglah dengan kualiti diri, bukan sumbang apabila ada jawatan, apabila ada kedudukan. Kerana syarat menyumbang itu ialah kehendak, bukan bila ada kedudukan. Dunia Allah luas, banyak sudut perlu ditampung. Kenapa bimbang tiada tempat untuk menyumbang. Apabila jadikan kedudukan atau jawatan syarat menyumbang, maka takut tiada jawatan, bahkan sanggup berbunuhan kerna ia. Hasbunnallahu Wani'mal Wakil” – Ustaz Nasaie Ismail

Jadilah bintang seumpama kejora di dada langit malam.

Mari kita persiapkan dengan segala kekuatan!

#organisasi14

Wednesday 14 May 2014

01:23:48
Ceramah Us Fawwaz Fadzil ( Jejak tarbiah Hamka )
bertempat di Auditorium Kompleks Penyelidikan & Inovasi, Universiti Malaya

Soalan : tarbiah moden ini sangat menitiberatkan tentang kebahagiaan tetapi kekadang kebahagiaan ini membuatkan kita senang lenang dan tidak berjihad, tidak bersungguh. Bagaimana untuk mengimbangtarakan untuk bersungguh-sungguh
Jawapan :
Bahagia Al-Quran vs Bahagia Barat
Kebahagiaan difahami oleh barat berlainan dengan kebahagiaan difahami oleh kita, kebahagiaan yang difahami oleh kita berlainan dengan kebahagiaan difahami oleh Al-Quran. Kebahagiaan di dalam Al-Quran adalah pada melakukan “Amal Soleh”.



Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (97)

“Hayatan toyyibatan” kehidupan yang baik ialah kehidupan yang tidak ada kesakitan dan tidak ada kelaparan.
  
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (4)

“Hayatan toyyibatan” bukan pada zahir, kerana kita berfikir bukan dalam kerangka nafsu tetapi kita berfikir dalam kerangka Al-Quranul Karim. Kebahagiaan itu pada Jihad, Jihad itu kebahagiaan..kerana itulah kehidupan.

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQh0sIE79RBh5LIcf9uCggBHeL6n3FZDQn6FCCeOXBZl5VbmA4gDg

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki (169). (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka memberi perangsang kepada orang-orang yang belum (mati) menyusul di belakang mereka bahawa mereka tiada merasa takut dan tiada merasa duka cita”. (170)
Tenang itu ingat Allah..
Orang yang beriman, dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.(28)
Hikmah yang diinginkan oleh Al-Quran ialah penyerahan atau harakah(pergerakan) bukannya sukun, sebab itu Al-Quran ada tiga harakat iaitu ; Fathah, dhommah, kasrah dan sukun satu sahaja. Kita tidak boleh mendefinisikan bahagia itu dengan tidak berbuat apa-apa. Bahagia itu memberi. Tidur itu nikmat, tidak akan rasa nikmat tidur melainkan orang yang kuat bekerja. Belajar itu nikmat. Tidak memberi bukan mazhab kita dan ingat dalam Mathurat yang selalu kit abaca iaitu Nabi berdoa :
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rudungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.
Kalaulah kebahagiaan itu pada sifat lemah dan malas itu yang kita tolak, kebahagiaan itu pada harakah(pergerakan), pada memberi.
“Ketenangan jiwa itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam hati orang yang beriman supaya hati mereka teguh di kala orang mengalami kegoncangan, mereka yakin di kala orang lain penuh keraguan, mereka sabar di kala orang berkeluh kesah dan mereka berlapang dada di kala ramai orang cemas“ (Iman dan Kehidupan : m/s 83)

Erti hidup pada memberi. Kita memberi dengan kapasiti yang kita ada dan jangan rasa lemah, Allah bersama kita.

#tarbiah14

Saturday 8 March 2014

Mujahadah

dosa..dosa..dosa
aku bergelumang dengan dosa..
akhlak..akhlak..akhlak
runtuh akhlakku menyebabkan orang tengok bersumpah seranah..
menangis..menangis..menangis
aku menangis kerana apa yang diusahakan selama ini, dihapuskan dengan permulaan yang setitis.

Oh diri..
di manakah kesilapan kau?
di manakah kesedaran kau?
di manakah iltizam kau?
Aku terasa bodoh, memang bodoh.
kenapa diriku ini lemah dan tidak mampu menumbuk padu kepada jahiliyyah?
kenapa diriku mudah ditumppaskan dengan pahit maung perjuangan?
kenapa diriku?

Mujahadah..
jalan mujahadah sumpah susah.
Mujahadah..
agar diri ini sentiasa bersandarkan sepenuhya kepada Rabbul 'Alamin
Mujahadah..
Jahiliah kecut berlari dan kebenaran bersinar kembali
Mujahadah..
Syurga di sana untuk orang-orang yang hebat berjuang di muka bumi
Mujahadah..
moga menjadi darah daging dalam diri pejuang bernama Muadz Azmi



Di manakah aku?

"Apa tujuan kamu hidup?" aku bermonolog sendirian, tersentak, gemersik tapi mengusik.

Aku menyambung sambil mengangkat tangan di atas kepala kerana kebingungan 
"Apa yang aku buat sekarang ini?".

ketika mengurus minggu orientasi di kampus, kata-kata tokoh ulama' indonesia ini menjadi trending

"Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup.
Kalau kerja sekadar kerja, beruk di hutan pun berkerja"
(Buya Hamka)

Dari zaman dahulu kala manusia membincangkan tentang tiga perkara asas iaitu :
  1. Dari mana aku datang?
  2. Apa tujuan aku datang?
  3. Kemana aku akan kembali?
Tiga persoalan asas bagi semua manusia di atas muka bumi ini untuk berfikir dan renung. Manusia kelebihannya pada akal yang dikurniakan untuk membezakan baik dan buruk tetapi malangnya ada manusia yang lebih teruk dari kejadian diciptakan olehNya. Sememangnya benar firman Allah Taala :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(QS Al-A'araf 7 : 179)

Seruan kepada mencari nilai kehidupan, mari sahut seruan ini.

Monday 3 March 2014

Rangka, buat keputusan, laksana!



Jika seseorang itu beriman dengan qada' dan qadar dan membuat keputusan suatu tindakan, setelah itu apa-apa pun yang berlaku ia tidak menyebut 'kalau'.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan.
(Riwayat Muslim)

Pesan Abang Afwan Daud ketika ia hadir ke program yang kami uruskan "Kalau antum semua nak rasa syoknya hidup, antum boleh letak KPI(key performance index) dalam setiap tindakan pada tempoh tertentu. Ana bagi contoh, sekarang ni antum handle program selama tiga hari ni apa yang antum hendak capai? Antum nak perkemaskan masa delegation of work secara lebih kritis? nak mantapkan rohani dengan taklifat  yang diberikan? nak capai apa? pastikan ada KPI, kita nak lihat pencapaian kita sejauh mana."

Rancanglah andai hendak ke medan perang, apabila semua keputusan yang dibuat itu penting kerana ia soal menang atau kalah di dalam medan perang. Silap menggerakkan 'knight' di posisinya akan dibaham oleh musuh, silap memposisikan 'bishop'pada tempatnya kuranglah peratus kemenangan dan silap sehingga lupakan 'king' tidak dilindungi maka suara 'checkmate' itu pasti. Kalah. Setiap aturan langkah buah chess pasti ada pengorbanan, ujian, dan 'checkmate!'.

Ini penting buat diri pejuang.

Al-Hasyr : 18

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Sentiasa audit diri kearah muslim yang lebih baik yang diredhai oleh Allah SWT.

#I am Khalifah!